Cermin Kereta Saga FL Retak

بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ 

Hari ini merupakan hari yang kurang bernasib baik bagi diriku kerana semasa mahu ke kereta, aku dah perasan dari jauh cermin keretaku seperti banyak corak-corak yang tidak aku kenali. Semakin menghampiri, maka barulah aku sedar rupanya cermin belakang kereta sudah retak 1000. Disebabkan hari ini ahad, dan urusan untuk penukaran cermin kereta yang baru juga memakan masa, jadi terpaksalah aku memandu kereta perlahan-lahan untuk ke destinasi yang hendak ditujui. Aku sempat call Dr. Cermin bertanyakan tentang harga cermin belakang dan prosedur untuk claim insurans(kalau korang ada ambil cover insurans untuk winsheild kereta). Prosesnya tidak panjang, tapi dokumen yang diperlukan adalah perkara yang sukar untuk aku dapatkan pada hari Ahad macam ni. Jadi terpaksalah aku tunggu hingga hari esok Isnin 14 Julai 2014. Esok adalah besar dalam hidup aku kerana ada presentation untuk Final Year Project yang memang aku nantikan harinya. Sabar saje lah nampaknya yang paling perlu bulan puasa ni. Anggaran untuk tukar cermin belakang adalah RM450++. Korang tengok sendiri gambar bawah ni, keretakan yang berlaku.




73 de 9M2AIM.