APRSDroid AFSK Test


سْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ

Sudah lama saya tidak menulis di blog kerana kekangan masa dengan urusan kerja. Hari ini perkongsian saya mengenai aplikasi APRSDroid dengan ujian aturan AFSK dari aplikasi tersebut.

Untuk memulakan ujian, antara peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut:
  1. Aparatus Assignment (AA)/Penguntukan Radas bagi Radio Amatur yang telah sah dan belum tamat tempoh.
  2. Telefon pintar dengan versi android 2.2 dan ke atas serta mempunyai GPS binaan dalaman.
  3. Sebarang radio/walkie-talkie 5Watt.
  4. Kabel Audio 4pin TRRS ke Kenwood pin.
  5. Kabel RG58 50ohm with SO239 connector atau sebarang kabel yang sesuai untuk antenna.
  6. Antenna VHF 1/4λ atau lebih.
Untuk projek ini kita mulakan dengan membuat kabel audio untuk telefon ke radio. Untuk projek ini, saya memilih untuk membuat sendiri kabel tersebut. Kabelnya saya menggunakan lebihan kabel rangkaian dan untuk audio jack saya gunakan 1x4pin 3.5mm, 1x3pin 3.5mm dan 1x3pin 2.5mm. Gambar berikut adalah diagram kabel audio dan hasilnya setelah siap.

Seterusnya untuk telefon pintar perlu dilakukan pemasangan aplikasi APRSDroid. Aplikasi ini boleh didapati dari Google Apps Store atau dengan
melakukan carian di laman carian. Cuma perlu taipkan kata kunci carian APRSDroid dan laman carian akan membantu anda membuat carian aplikasi berkaitan.

Selepas selesai melakukan pemasangan di telefon pintar, pastikan anda isikan maklumat di dalam aturan/preferences aplikasi APRSDroid tersebut. Antara maklumat yang perlu dimasukkan untuk mengaktifkan aturan AFSK adalah seperti berikut:

APRS SETTINGS
Callsign -> taip callsign berdasarkan AA yang anda peroleh
SSID -> Pilih SSID mengikut kesesuaian keadaan anda.

APRS CONNECTION
Connection Preferences
   - Connection Protocol -> Audio (AFSK)

POSITION REPORTS
APRS Symbol
Comment field
Location Settings -> Location Source -> SmartBeaconingTM Position

Aturan lain di APRSDroid saya biarkan dalam keadaan default. Anda boleh ubah mengikut kesesuaian peralatan dan keadaan anda.

Untuk radio, sila pastikan anda telah mengubah aturan VOX ON dalam lingkungan 3 ke 5. Juga sila pastikan radio anda telah di tetapkan dengan frekuensi APRS di negara anda. Yang paling penting AA anda masih sah dan belum tamat tempoh.

Bagi kabel RG58 dan antenna, sila gunakan apa yang anda ada atau dapatkan dari kedai radio berdekatan anda. Sekarang, mari lakukan pengujian!

Berikut adalah percubaan pertama pada 28 Februari 2018 setelah kabel audio siap. Telefon pintar berada dalam keadaan setempat dan hasilnya.




Pada 11 Mac 2018, ujian AFSK pada kenderaan yang bergerak. Berikut antara snapshot yang diperolehi dari laman sesawang aprs.fi.









Penafian:
Pihak 9M2AIM dan admin tidak bertanggungjawab ke atas penggunaan kandungan dalam blog ini. Sila patuhi peraturan komunikasi di negara anda dan pastikan anda telah disahkan layak untuk menggunakan frekuensi yang telah ditetapkan bagi mengelakkan tindakan undang-undang terhadap diri anda. Pihak 9M2AIM dan admin tidak bertanggungjawab ke atas pelangaran peraturan komunikasi yang anda lakukan.

Sebarang komen, pertanyaan atau cadangan penambah baikan, sila email ke
9m2aim [at] gmail.com

For Donation: https://paypal.me/deAIM

Terima kasih kerana membaca dan sila lawat kembali ke blog ini.