Hello World!

بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ


Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini. Makanya setelah sekian lama tidak mengemas kini blog yang sedia ada, blog ini pula diwujudkan. Blog saya sebelum ini adalah 9w2nsw.blogspot.com di mana saya telah mula menulis blog dan juga kongsi bahan-bahan ilmiah untuk dikongsi bersama.

Blog ini juga sama fungsinya, di mana saya akan cuba untuk mengemaskini serta menulis untuk dikongsi bersama tidak kira samada untuk kegunaan rakan-rakan HAM atau sesiapa sahaja.

Mengenai Saya
Sebelum ini saya adalah pemegang callsign 9W2NSW. Detik 27 Mac 2014 adalah permulaan baru bagi saya apabila saya mula menduduki ujian CW untuk pertama kalinya. Alhamdulillah berkat usaha dan doa dari keluarga dan rakan-rakan saya telah lulus ujian tersebut. 

30hb April 2014, saya hantar borang permohonan Aparatus Assignment ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Setelah menunggu beberapa hari, makanya pada 7hb Mei 2014 saya dengan rasminya menggunakan callsign baru 9M2AIM. 

Semoga kita berjumpa di udara dan bersalaman di daratan.

Sekian dulu dari saya. Jumpa lagi di posting akan datang.